Isteri potong z@k@r suami hingga putus



HANOI – Seorang wanita di Vietnam nekad mengerat zakar suaminya sehingga putus selepas mendapati lelaki tersebut berkelakuan tidak senonoh terhadap anak tirinya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Wanita hanya dikenali sebagai N itu mengintip aktiviti suaminya menggunakan kamera tersembunyi yang dipasang pada katil anak tirinya. Dia berbuat demikian selepas gadis itu beberapa kali mengadu mengenai kelakuan pelik suspek, Nguyen Van H.

Pada 18 Mac lalu, N memeriksa rakaman kamera tersebut dan mendapati bahawa kelakuan Van H terhadap anak tirinya adalah ‘luar biasa’.

Gadis tersebut merupakan anak saudara suaminya dan dipelihara oleh mereka. Laporan bagaimanapun tidak menyebut secara terperinci mengenai kelakuan jelik lelaki itu.

N memberitahu polis bahawa dia membeli sebilah pisau dan menanti suaminya tidur pada keesokan harinya sebelum memotong zakar lelaki berkenaan.

Wanita itu kemudian pergi ke balai polis untuk memberitahu tindakannya.

Pihak berkuasa masih menilai rakaman kejadian tersebut sambil menambah, zakar yang dipotong sangat hampir pada badan lelaki itu. Ia menyebabkan pasukan perubatan tidak dapat menyelamatkan organ tersebut.

Menurut Dr. Dinh Khac Truong dari Hospital Besar Wilayah Son La, pembedahan amat sukar dilakukan kerana zakar itu terputus sepenuhnya dan kulitnya juga telah hilang.

“Zakar yang putus akibat dipotong dengan pisau juga memerlukan doktor untuk merawat luka serta membasuh bahagian yang terjejas teruk bagi mengelakkan jangkitan,” katanya.



Sumber - KOSMO 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!