Jumpa m@y@t tanpa seluar dalam longkang



Seremban: Seorang lelaki yang dalam perjalanan ke pasar malam terkejut apabila bau busuk di dalam longkang dekat Jalan Tok Ungku berhampiran sebuah sekolah menengah, di sini, malam tadi, sebenarnya berpunca daripada mayat manusia.

Dalam kejadian pada 7 malam itu, mayat lelaki itu ditemui berbaju kemeja-T berkolar, namun tidak berseluar dan difahamkan lelaki itu sudah meninggal dunia sejak empat hari lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, tiada identiti ditemui pada mayat itu selain siasatan awal di lokasi kejadian tidak menemui sebarang bukti.

"Mayat ditemui di dalam longkang di bahu Jalan Tok Ungku bersebelahan sebuah sekolah menengah, dekat Rahang. Berdasarkan keterangan saksi, dia dalam perjalanan ke pasar malam dan terhidu bau busuk dari longkang.

"Lelaki yang bekerja di Wisma Nadaraja itu kemudiannya menemui mayat lelaki di dalam longkang berkenaan sebelum menghubungi talian kecemasan untuk bantuan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, longkang itu berkeluasan 0.6 meter lebar dan sedalam kira-kira 1.2 meter.

Menurutnya, mayat lelaki itu memakai baju kemeja-T berkolar dan mengenakan vest keselamatan dengan tulisan 'SECURITY' pada bahagian belakang, namun tidak berseluar dan seluar dalam serta tidak memakai kasut.

"Tiada sebarang dokumen diri ditemui pada mayat dan di sekitar tempat kejadian.

"Unit Anjing Pengesan (K9) cuba mengesan bahan bukti, tetapi tidak menjumpai apa-apa," katanya.

Nanda berkata, mayat itu sudah membengkak dan berulat dan lelaki itu dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira empat hari lalu.

"Setakat ini, tidak dapat dipastikan sebarang unsur jenayah yang boleh mengaitkan dengan kematiannya.

"Punca kematian akan diperoleh sehingga bedah siasat dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) selesai dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!