MySejahtera masih merah kunjung restoran



IPOH: Lelaki dikompaun RM1,000 kerana melanggar perintah kuarantin selepas disahkan positif COVID-19 dengan mengunjungi sebuah restoran di Jalan Medan Ipoh 2, dekat Bandar Baru Medan, di sini, malam tadi.


Pegawai Kesihatan Persekitaran Cawangan Inspektorat dan Perundangan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak, Azahari Man, berkata lelaki berusia lingkungan 30-an terbabit dikesan melakukan kesalahan itu apabila aplikasi MySejahtera pada telefonnya masih menunjukkan status label warna merah.


"Lelaki itu dikompaun ketika penguat kuasa kesihatan sedang menjalankan Operasi Penguatkuasaan Larangan Merokok serta Penguatkuasaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) di sekitar Ipoh, malam tadi," katanya pada sidang media selepas operasi berkenaan.


Turut hadir, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Bahagian Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Noraryana Hassan.


Sebanyak 215 premis di tempat tumpuan utama diperiksa membabitkan 54 penguat kuasa KKM dan empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam operasi, malam tadi.


Sementara itu, sejumlah RM27,000 membabitkan 27 kompaun dikeluarkan bagi pelanggaran Akta 342 menerusi operasi malam tadi, selain keseluruhan RM20,250 nilai kompaun dikeluarkan bagi kesalahan berkaitan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.


"Operasi diadakan bagi memastikan pematuhan larangan merokok terutama di tempat (premis) makan, kompleks membeli-belah, serta lain-lain tempat.


"Kebanyakan alasan diberikan pesalah, tidak tahu premis makanan sebagai kawasan larangan merokok. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan kewujudan peraturan mengenainya sudah diwartakan sejak tahun 2004 lagi," katanya.



Sumber - Berita Harian 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!