Pekerja masjid maut dipukul dengan penyodok



SANFORD, FLORIDA – Seorang pekerja penyelenggaraan masjid Amerika Syarikat berusia 59 tahun ditemui mati di Pusat Islam Husseini di bandar Sanford, negeri Florida dengan polis memaklumkan bahawa mangsa dipukul dengan penyodok, lapor akhbar New York Daily News semalam. 


Suspek pembunuhan itu dipercayai merupakan seorang lelaki bernama Ahmed Raslan dan berusia 38 tahun. Menurut polis, suspek membuat dakwaan pelik secara online bahawa masjid itu adalah rumahnya. 


Tidak jelas mengapa Raslan pergi ke masjid itu kelmarin atau apa yang mencetuskan keganasan tersebut. 


Raslan dituduh memandu mini van milik mangsa ke tempat letak kereta Daerah Indian River di mana polis menembaknya sebanyak tiga kali. Suspek kemudian dimasukkan ke hospital, manakala keadaannya tidak diketahui.


Polis percaya bahawa suspek bertindak memasuki masjid tersebut selepas memanjat pagar lalu memecahkan tingkap belakang menggunakan sebuah tangki propana, demikian menurut stesen televisyen Orlando, WESH.


“Nampaknya lokasi ini dipilih secara rawak atau dia menerima arahan dalam kepalanya,’’ kata Sherif Dennis Lemma.


Presiden masjid, Mahmood Dhalla menggelar mangsa sebagai pekerja yang berdedikasi dan selalu berkata, dia akan melindungi tempat itu dengan nyawanya.



Sumber - KOSMO 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!