Zul Ariffin padam video babak panas



Kuala Lumpur: Pelakon, Zul Ariffin bertindak memadam video 'teaser' drama bersiri Perempuan Itu yang menimbulkan kontroversi sejak semalam di Instagram.

Tinjauan Harian Metro ke akaun Instagram pelakon itu mendapati hantaran terbaharunya adalah hantaran Reels dengan keterangan 'back to work' atau kembali bekerja.

Usaha Harian Metro mendapatkan kenyataan daripada Zul tidak berjaya apabila panggilan telefon dan kiriman mesej tidak berbalas.

Zul dalam temu bual yang dikeluarkan Harian Metro sebelum ini berkongsi mengenai dirinya sebagai pelakon yang melakukan tugasnya tanpa membuat sebarang permintaan.

"Kalau berlakon drama, tak pernah saya buat apa-apa permintaan. Tak pernah saya datang ke sesi membaca skrip dan nak dukung heroin. Itu bukan saya.


"Tapi, apabila jalan ceritanya begitu, kita kena buat. Tapi, saya takkan salahkan orang lain, sebaliknya itu adalah tugasan," katanya.

Dalam temu bual sama, Zul berkata dia tidak mempunyai sebarang perasaan atau emosi sekiranya perlu mendukung mana-mana pelakon.

"Saya tak ada perasaan dan emosi untuk rasa apa-apa. Dukung orang atau kerusi, sama sahaja. Selesaikan tugas saya dan semuanya selesai," katanya.

Sejak semalam, tular di media sosial video 'teaser' drama itu yang memaparkan Zul dalam beberapa babak bergandingan dengan pelakon, Siti Hariesa.

Dalam babak itu memaparkan Zul mendukung pelakon baru itu selain babak menyuap krim putar antara kedua-dua pelakon itu.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!