6 PATI larikan diri maut dalam kemalangan



BANDAR BAHARU: Enam pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dipercayai melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau di sini, dilaporkan maut selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS, awal pagi tadi.


Nahas kira-kira jam 4 pagi tadi dikatakan berlaku ketika hampir 700 PATI terdiri daripada warga Bangladesh, Indonesia dan etnik Rohingya keluar beramai-ramai dari depot berkenaan.


Dua daripada mangsa yang maut itu adalah kanak-kanak, manakala selebihnya dewasa.


Ketika melarikan diri dalam keadaan gelap, kebanyakan mereka hanya berjalan tanpa tujuan dengan ada antaranya menghala ke lebuh raya tanpa menyedari kenderaan yang bergerak laju.


Difahamkan, setakat ini separuh daripada PATI sudah dapat ditahan dan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan di lokasi.



Sumber - Berita Harian 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!