Bayi 'dibuang' di hadapan kedai runcit



Alor Setar: Suara sayup tangisan dari dalam kotak di hadapan sebuah kedai runcit di Kampung Padang, Kuala Kedah membawa penemuan bayi lelaki dipercayai baru lahir yang ditinggalkan di situ hari ini.

Dalam kejadian 1.40 tengah hari itu, bayi lelaki yang masih lengkap bertali pusat itu ditemukan seorang lelaki pekerja kargo yang juga penduduk di kampung itu selepas ternampak ada sesuatu bergerak dalam kotak berkenaan.

Lelaki tempatan berusia 56 tahun itu yang mendapati terdapat bayi lelaki yang masih hidup itu kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, ketika itu lelaki terbabit tidak pasti jantina bayi berkenaan dan menunggu sehingga polis tiba.

Beliau berkata, bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Bayi itu akan diserahkan kepada Bahagian Pelindung Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kota Setar untuk tindakan lanjut.

"Setakat ini tiada tangkapan dilakukan namun saya meminta kerjasama orang ramai yang ternampak kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar atau Balai Polis Kuala Kedah untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketika ditanya sama ada perbuatan itu dilakukan penduduk di situ atau luar dari kawasan itu, Ahmad Shukri berkata, siasatan masih dilakukan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana ibu bapa atau penjaga kanak-kanak kurang 12 tahun membuang bayi baru lahir.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!