Dua pemandu maut, lori bertembung


Lipis: Dua pemandu maut apabila lori dipandu mereka bertembung dalam kemalangan yang berlaku di simpang tiga, Kilometer 18, Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Simpang Berchang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, dalam kejadian jam 1.15 tengah hari itu, Sulaiman Sabtu, 59, yang memandu lori Nissan Rigid dilaporkan bertembung dengan satu lagi lori jenis Scania dipandu Zuraini Zahari, 54.

Menurutnya, Sulaiman meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis manakala Zuraini pula dilaporkan meninggal dunia di hospital sama kira-kira jam 6.30 petang tadi.

"Siasatan awal mendapati, Sulaiman dalam perjalanan dari arah Lipis menghala Merapoh mengelak kereta yang keluar dari simpang sebaik tiba di kawasan berkenaan.

"Keadaan itu menyebabkan lori dipandunya memasuki lorong bertentangan sebelum bertembung dengan lori dipandu Zuraini," katanya.

Azli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Katanya, kedua kenderaan berat itu sudah dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan kerosakan dan sampel darah kedua-dua pemandu akan diambil untuk ujian toksikologi.


Sumber - HMetro 




LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!