Ibu bapa dan anak perempuan maut dalam kemalangan



Kuantan: Tiga beranak maut selepas kereta Perodua Kancil dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 128 Jalan Kuantan-Johor Bharu di Rompin, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, dalam kejadian pada 1.30 tengah hari itu kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di kepala.

Menurutnya, mangsa terkorban adalah Nur Rawiyah Abu Samah, 25, yang juga pemandu kereta, manakala dua lagi mangsa iaitu ibu dan bapa Nur Rawiyah - Saripah Ab Malek, 59, dan Abu Samah Mohamed, 74, kesemuanya beralamat di Kampung Gading, Jalan Muadzam Shah, Rompin.

Cucu Abu Samah dan Saripah, Muhammad Harraz Mikhael Shafiq Hayqal, 12 bulanm bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila van dipandu pekerja syarikat penghantaran dari Leban Chondong ke Kuala Rompin hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar kereta mangsa dan sebuah lori," katanya ketika dihubungi, di sini.

Menurutnya, pemandu van berusia 24 tahun dilaporkan patah bahu dan cedera kedua-dua kaki manakala pemandu lori berusia 49 tahun dari Rompin luka di tangan.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Rompin untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!