Kerajaan tiada kuasa kawal harga juadah bermasak



PUTRAJAYA – Kerajaaan mengakui sukar untuk mengawal harga makanan atau juadah bermasak yang dijual di bazar Ramadan kerana ia bukan barangan kawalan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan pada dasarnya hanya mampu mengawal harga barangan kawalan sahaja termasuk ayam, telur dan minyak masak.

Menurutnya, beliau bagaimanapun menyerahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memantau harga makanan itu supaya rakyat tidak ditekan dengan harga yang melampau.

“Agak sukar untuk kita kawal harga makanan bermasak, namun kalau harga ayam kita boleh kawal.

“Saya difahamkan tiada garis panduan bagi kawalan harga makanan bermasak namun, saya minta peniaga supaya tidak meletakkan harga yang melampau,” katanya ketika ditemui selepas meninjau Bazar Ramadan Putrajaya 2022 di Presint 3, di sini hari ini.

Ismail Sabri yang ditemani Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim meluangkan masa hampir sejam meninjau bazar berkenaan selain membeli beberapa juadah berbuka.

Ditanya mengenai tindakan segelintir pengunjung yang membawa anak-anak ke bazar Ramadan, Ismail berkata, beliau menasihatkan ibu bapa supaya berhati-hati dan elak melalui kawasan yang sesak.



Sumber - KOSMO! ONLINE



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!