Lelaki dibunuh di depan kedai makan



Serdang: Lelaki meninggal dunia dipercayai akibat dibunuh di hadapan sebuah kedai makan di Jalan BS 6/8 Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.56 pagi, semalam.


"Kami dimaklumkan mengenai seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun yang beralamat di Taman Bukit Serdang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.


"Siasatan awal mendapati mangsa dibunuh dipercayai menggunakan senjata tajam seperti parang dan terdapat kesan tetak pada bahagian muka, leher serta tangan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Katanya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.


"Siasatan lanjut bagi mengesan dan menahan kesemua suspek yang dikenal pasti masih bebas sedang dijalankan.


"Motif kejadian itu juga masih dalam siasatan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!