Lelaki terkilan, bubur kacang untuk sedekah penuh selipar



PETALING JAYA – Tular sebuah video menunjukkan kekecewaan seorang lelaki apabila bubur kacangnya telah ‘dianiaya’ orang lain.

Menerusi video yang dikongsi @ashhryyyyy di media sosial, hasratnya untuk berkongsi juadah tersebut tidak kesampaian apabila terkejut melihat beberapa pasang selipar dimasukkan ke dalam bekas buburnya.

Menurut lelaki itu, kebiasaannya kakaknya akan membuat satu bekas bubur kacang atau pulut hitam untuk disedekahkan kepada pelanggan yang datang ke kedai sepanjang bulan Ramadan.

“Jauh perjalanan setiap hari dari Tanjung Sedili ke bandar Johor untuk beri pelanggan merasai secara percuma.

“Tak tahu mana silap, sayang sangat, rasa sedih sebab buka penutup bekas ada selipar di dalamnya, tak tahu siapa yang buat macam ini,” luahnya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, orang ramai berasa sebak dan bersimpati terhadap nasib lelaki tersebut.

Mereka turut berharap dan mendoakan agar lelaki itu tabah menerima ujian tersebut dan akan digantikan dengan rezeki yang lebih luas.

“Ya Allah, jahatnya siapa buat macam ini. Makanan dalam itu, moga Allah akan ganti rezeki yang luas. Allah tahu niat baik awak,” kata seorang pengguna.

“Ramai yang dengki tengok kita senang, nak bantu bersedekah pun ada orang hati busuk. Moga Allah beri balasan kepada mereka yang suka menyusahkan orang lain,” ujar seorang lagi pengguna lain.



Sumber - KOSMO! ONLINE



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!