Penunggang motosikal parah terpelanting ke dalam MPV



BALIK PULAU – Seorang pemuda cedera parah apabila motosikal yang ditunggang seorang diri dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum terpelanting masuk ke bahagian belakang kenderaan itu dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Sungai Tiram, Bayan Lepas di sini malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 11 malam itu berlaku semasa mangsa berusia 25 tahun dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Ara dari arah Teluk Kumbar.

Mangsa yang masih bujang dan berasal dari Sarawak itu dikatakan menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC manakala MPV jenis Cherry Easter tersebut dipercayai dipandu seorang wanita.

Rakan baik mangsa, Muhammad Zulakmal Mohd. Noor, 25, berkata, pemuda itu sehingga kini dilaporkan masih tidak sedarkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang.

Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai operator kilang di Bayan Lepas itu dikatakan mengalami pendarahan teruk pada kepala selain kecederaan dalaman pada badan.

“Saya dimaklumkan daripada rakan rumah sewanya mengenai kejadian berlaku dan terus ke hospital pagi tadi. Keadaannya masih tidak sedarkan diri dan berlaku banyak pendarahan.

“Semasa kejadian, dia menunggang motosikal seorang diri dan tidak pasti bagaimana kejadian rempuhan berlaku sehingga boleh terpelanting sehingga masuk ke bahagian belakang MPV itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru turut membantu mengeluarkan mangsa yang semasa itu dipercayai berada dalam keadaan separuh sedar. 



Sumber – KOSMO! ONLINE



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!