Pesara tentera meninggal dunia ketika solat isyak



PETALING JAYA – Seorang pesara tentera meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat isyak berjemaah di Masjid An Nur, Saujana Utama, Sungai Buloh semalam.

Mangsa, Yusri Taib, 51, bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) rebah ketika sedang solat pada rakaat pertama sebelum disahkan meninggal dunia di masjid itu.

Difahamkan, arwah yang sebelum ini bekerja menjual sarung kusyen di sebuah pasar pagi sekitar kawasan berkenaan meninggal dunia akibat darah tinggi.

Menerusi perkongsian seorang pendakwah, Pahrol Mohammad Juoi di laman Facebooknya memaklumkan, semasa imam membaca surah pada rakaat pertama tiba-tiba kedengaran seorang rebah di belakangnya.

“Selesai solat, keadaan menjadi gempar apabila ada jemaah yang bertanya, ada sesiapa doktor di sini?. Beberapa orang menerpa ke tempat kejadian dan terus memberi pertolongan cemas.

“Saya dan beberapa jemaah di saf pertama terus berada di tempat masing-masing sambil mendoakan kebaikan buat jemaah tersebut dan terus melapangkan ruang bagi proses pengudaraan yang baik,”tulisnya di Facebooknya.

Menurut Pahrol, mangsa tidak sedarkan diri, tangan dan tubuhnya longlai sekali, ketika doktor menekan dadanya berkali-kali untuk membantu proses bernafas, mangsa terus lemah.

“Setelah tubuhnya yang tidak berdaya diusung ke belakang, doa tahlil serta solat tarawih diteruskan.

“Selasai solat tarawih diikuti solat witir, pengumuman dibuat yang mengatakan ahli jemaah telah pun meninggal dunia,” ujarnya.


Sumber - KOSMO! ONLINE



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!