Polis kesan kanak-kanak letak objek tajam di jalan



Kota Kinabalu: Polis daerah ini sedang mengesan dua kanak-kanak lelaki yang dirakam meletakkan objek tajam di atas permukaan jalan sebelum tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya sudah mengambil tindakan untuk mengesan namun masih gagal menemui kedua-dua mereka.


Katanya, setakat ini, tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan kejadian kes kenderaan terlanggar sebarang objek tajam di lokasi dimaksudkan.


"Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu juga sudah membuat operasi dan pemeriksaan di jalan-jalan utama sekitar bandaraya ini.


"Tindakan akan diambil terhadap sesiapa saja sekiranya ada sebarang aktiviti melanggar undang-undang termasuk mengganggu lalu lintas," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.


Sehubungan itu, Mohd Zaidi berkata, pihak IPD Kota Kinabalu memohon kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan supaya tampil membantu siasatan.


Katanya, maklumat boleh disalurkan secara terus ke talian 088-529222 untuk tindakan segera.


Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!