Remaja maut nahas dua kenderaan



KUALA PILAH – Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan di kilometer empat, Jalan Juasseh Terusan-Bahau, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, mangsa, Muhammad Haziq Aiman Norazmi, 18, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.


Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, kemalangan berkenaan membabitkan dua buah kenderaan iaitu motosikal Jenis Honda Dash yang ditunggangi mangsa dan kereta jenis Perodua Axia yang dipandu seorang lelaki berusia 35 tahun.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa motosikal dalam perjalanan dari Juasseh menghala ke Bahau. Apabila sampai di lokasi kejadian, dipercayai motosikal telah hilang kawalan dan terjatuh di lorong bertentangan.

“Dalam masa yang sama datang Perodua Axia dari arah Bahau menghala ke Juasseh terus melanggar motosikal tersebut. Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan di kepala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amran berkata, mayat mangsa telah di bawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) bagi tujuan bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. 



Sumber – KOSMO! ONLINE



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!