Usus budak tiga tahun pecah didera ibu kandung, bapa tiri



BANDAR BAHARU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya dalam kejadian di sebuah rumah di Jitra semalam.


Mangsa dibawa ke Hospital Jitra dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pukul 7.30 malam.


Ibu dan bapa tiri mangsa mendakwa kanak-kanak tersebut tidak sedarkan diri kerana sakit.


Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 7.30 malam semalam daripada pihak hospital.


“Hasil pemeriksaan pada badan mangsa menemui kesan luka dan lebam dipercayai akibat didera


“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan ususnya pecah akibat hentakan,” katanya di sini hari ini.


Siasatan mendapati mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik meninggal dunia kira-kira dua jam sebelum dibawa ke hospital.


Mangsa juga mempunyai penyakit asma dan sakit kulit. 



– KOSMO! ONLINE



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!