11 maut, 1,943 kemalangan di Selangor


SHAH ALAM – Sebanyak 11 kematian dan kemalangan maut direkodkan sepanjang lima hari pelaksanaan Op Selamat 18 di Selangor sehingga semalam.

Jumlah itu turut merangkumi sebanyak 1,943 kes kemalangan yang dicatatkan sepanjang tempoh berkenaan.

“Kita mengharapkan jumlah itu tidak mencatatkan peningkatan dan terus terkawal sepanjang 10 hari Op Selamat sehingga 8 Mei ini.

“Pengguna jalan raya perlu memastikan segala peraturan sentiasa dipatuhi sekali gus mengelak daripada menjadi mangsa nahas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, jelas Azman, aliran trafik di Selangor terutama melibatkan kawasan bandar masih lancar setakat ini.

“Pemantauan mendapati aliran trafik lancar dan berkemungkinan faktor ramai pulang ke kampung.

“Aliran bagaimanapun agak tinggi di beberapa kawasan di Kuala Selangor, namun keadaan masih terkawal,” katanya. 



Sumber - KOSMO! ONLINE



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!