Bayi maut dilanggar bas



Sepang: Bayi perempuan berusia setahun empat bulan maut dilanggar bas ketika mengekori kakaknya melintas jalan di hadapan rumah di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) di sini, hari ini.


Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dalam kejadian 12.15 tengah hari, bayi itu keluar rumah dan mengekori kakaknya yang mahu menaiki bas untuk ke sekolah.


"Ketika kejadian, kakak mangsa tidak menyedari adiknya keluar dari rumah dan mengekorinya sebelum terperosok di bawah bas yang bergerak.


"Sebaik kejadian disedari, bayi itu dihantar ke Klinik Kesihatan Salak Tinggi dan disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala dan beberapa bahagian badan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!