Enam rumah rosak angkara ribut



Yan: Ribut semalam menyebabkan enam rumah di tiga kampung, di sini rosak selepas dihempap pokok tumbang dan bumbung diterbangkan angin.


Pegawai Pertahanan Awam Daerah Yan, Leftenan (PA) Muhammad Zul Izzi Zulkifli berkata, dalam kejadian 4.30 petang itu, kebanyakan penghuni berada di kediaman masing-masing dan semua mereka selamat.


Katanya, empat daripada rumah itu terletak di Kampung Tengah Sungai Limau manakala masing-masing satu di Kuala Sungai Limau dan Kampung Kabu 10 Sungai Limau.


"Kesemua kampung yang terjejas itu adalah di bawah Mukim Sungai Daun," katanya ketika dihubungi hari ini.


Katanya, anggotanya dikerah melakukan operasi pemotongan dahan pokok yang menghempap rumah dan membantu penduduk.


Beliau menasihati penduduk agar berhati-hati susulan cuaca yang tidak menentu ketika ini.




Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!