Gagal memotong, lelaki maut dalam kemalangan tiga kenderaan


Mersing: Gagal memotong kenderaan dipercayai menjadi punca kemalangan membabitkan tiga kenderaan sehingga mengakibatkan satu kematian di Kilometer 8 Jalan Nitar Mersing, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, pemandu Honda City, Yusof Deris, 66, maut akibat parah di badan dan kepala.

"Hasil siasatan mendapati Honda City dari Felda Nitar 2 dalam perjalanan ke bandar Mersing. Setiba di lokasi nahas, kereta itu cuba memotong tetapi gagal lalu bertembung dengan Proton Persona.

"Pada masa sama, sebuah lagi Proton Persona yang berada di laluan Honda City turut bertembung dengan dua kenderaan itu.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh paramedik Hospital Mersing manakala kedua-dua pemandu dan penumpang Proton Persona dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan susulan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mersing, Yusof Mat Yar berkata, mangsa tersepit di dalam kenderaan dan dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

"Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu maut manakala penumpang wanita belum dikenal pasti usianya tercedera.

"Sementara itu, dua mangsa yang cedera iaitu seorang wanita berusia 30 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di dalam Proton Persona keluar sendiri dari kenderaan dinaiki.

"Manakala lima yang lain dari Proton Persona berasingan yang tidak dikenal pasti usia mereka turut cedera dibantu orang awam keluar dari kenderaan dan dihantar ke hospital sebelum ketibaan pasukan keluaran operasi (PKO)," katanya.

Katanya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Johor menerima panggilan kecemasan kemalangan itu melalui talian MERS 999 pada 8.09 malam.

"Sebuah jentera FRT dan EMRS dari BBP Mersing dengan kekuatan keseluruhan seramai lapan anggota telah dihantar ke tempat kejadian," katanya.


Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!