Lapor polis dakwa anak tiri dibuli rakan



Georgetown: Seorang ibu kesal apabila anak tirinya berusia tujuh tahun didakwa dibuli rakan di sebuah sekolah di daerah Timur Laut, di sini.

Mangsa juga dikatakan sudah dua kali dibuli murid sekolah itu sepanjang tahun ini.

Ibu mangsa, Zaiton Othman, 56, berkata, kali pertama anaknya mendakwa ditendang di perut dan dada pada Mac lalu oleh murid di sekolah berkenaan.

Katanya, mahu menyelesaikan kejadian itu dengan baik, dia menghubungi guru kelas anaknya namun tiada maklum balas daripada guru berkenaan.


"Semalam, anak saya ada mengadu bahawa dia berasa sakit di dada akibat ditumbuk rakan sekelasnya.

"Hari ini, suami saya dapati ada kesan tapak kasut pada belakang baju anak saya selepas mengambilnya pulang dari sekolah dipercayai akibat ditendang rakan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Zaiton tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Jalan Patani di sini, hari ini bagi membuat laporan.

Katanya, laporan itu dibuat supaya guru di sekolah berkenaan mengambil tindakan bagi mengelak kejadian buli membabitkan murid sekolah.

"Sudah empat kali perkara ini diadukan kepada guru dan saya bimbang jika berterusan, ia akan mengganggu emosi serta pembelajaran anak saya," katanya lagi.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!