Pemuda maut terpelanting atas bonet hadapan kereta



GEORGE TOWN – Kemalangan melibatkan seorang pemuda yang maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan lalu merempuh sebuah kereta dari arah hadapan di Jalan Paya Terubong di sini pagi semalam tular di media sosial sejak malam tadi.


Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira pukul 9 pagi itu dirakam kamera papan pemuka atau dashcam pemilik kereta berkenaan.


Video yang berdurasi 33 saat itu menunjukkan penunggang motosikal terbabit dilihat terpelanting di atas bonet kereta tersebut sebaik tiba di satu selekoh.


Difahamkan, pemuda tempatan berusia 20-an itu dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada badan.


Semasa kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Paya Terubong menghala ke Farlim, Ayer Itam. 



Sumber – KOSMO! ONLINE



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!