Pengawal wanita maki warga emas kena kecam



PETALING JAYA – Tular sebuah rakaman klip video memaparkan seorang pengawal keselamatan wanita memaki hamun dan membuat isyarat lucah terhadap seorang lelaki yang sudah berusia di sebuah lokasi yang masih belum diketahui.


Melalui perkongsian @Pfizer Zal di laman Facebooknya, wanita tersebut dipercayai mengugut untuk memukul lelaki itu kerana bertengkar dengannya.


Tindakan wanita itu itu telah membuat orang ramai terkejut dan tidak berpuas hati disebabkan sikapnya yang tidak profesional semasa bertugas.


“Pengawal seperti ini tidak menjalani tapisan ke? Budi bahasa kena cantik bukannya memaki hamun dan buat isyarat lucah,” komen @CataLeya Yusz.


“Pengawal keselamatan tidak boleh berkasar, mungkin ada sebab dia (pengawal keselamatan) marah,” tulis Sirajud Din.


“Cari pengawal keselamatan yang berhemah. Tiada etika kerja dan amat memalukan,” ujar Jeffry Alee



Sumber - KOSMO! ONLINE.



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!