Bilal maut kenderaan masuk gaung 7 meter


KOTA KINABALU: Seorang bilal di Masjid Al-Falah, Kepayan di sini, meninggal dunia selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung setinggi tujuh meter di perkarangan masjid berkenaan, hari ini.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari tadi, mangsa berusia 73 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

Timbalan Ketua Polis Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman, berkata siasatan awal mendapati, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari sebuah restoran di Kepayan menuju Masjid Al-Falah untuk tugas bilal bagi solat Zuhur.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, katanya, mangsa dipercayai gagal mengawal kawalan dan terjunam ke kawasan gaung.

"Kenderaan mangsa terbabas jatuh ke dalam gaung sedalam tujuh meter dan terbalik sebelum berhenti sepenuhnya.

"Mangsa ditemui tidak sedarkan diri dalam kenderaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

George berkata, mangsa dihantar ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital QE1 oleh ambulans EMRS Jabatan Bomba sebelum disahkan meninggal dunia di Zon Merah pada jam 2 petang tadi.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.



Sumber - Berita Harian 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!