Dua lelaki didakwa merogol seorang remaja



Kota Bharu: Dua lelaki yang bekerja sebagai tukang cuci masjid didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol seorang remaja di Jalan Merbau, di sini, pada Julai tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Khairul Arif Md Rodzi dan Muhammad Mustaqim Nazri masing-masing berusia 18 tahun yang didakwa secara berasingan mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan yang ketika itu berusia 13 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah garaj di Jalan Merbau, pada jam 11 malam hingga 5 pagi pada 28 hingga 29 Julai 2021.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry dan kedua-dua tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nor Alini Ahmad Jamil.

Terdahulu, Wan Nurul Hanini memohon tiada jaminan ditawarkan memandangkan tertuduh melakukan kesalahan serius manakala Nor Alini memohon jaminan diberikan memandangkan kedua-dua tertuduh yang bekerja sebagai tukang cuci membantu keluarga dalam mencari pendapatan.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 20 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes.




Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!