Kakitangan agensi kerajaan maut kemalangan


KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan agensi kerajaan maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Subang-Sungai Buloh berhampiran Wisma Johawaki, dekat sini, semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Zulkifli Mohd Yusof, 61, beralamat di Jalan 57, Selayang Baru, Batu Caves, Selangor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar, berkata siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal sedang memotong sebuah kenderaan lain sebelum berlanggar dengan sebuah Toyota Innova dari laluan bertentangan.

"Toyota Innova yang dipandu seorang lelaki berusia 41 tahun berkenaan kemudian dilanggar dari belakang oleh sebuah PERODUA Axia dipandu seorang wanita berusia 23 tahun.

"Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal tercampak kira-kira enam meter ke laluan asal dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada kepala serta beberapa anggota badan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, katanya kedua-dua pemandu kereta terselamat.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Pihak polis masih meneruskan siasatan berhubung punca sebenar kemalangan dan kita minta saksi di tempat kejadian tampil membantu siasatan," katanya.

Maklumat boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Hasanal Hasif Johari di talian 019-2264650 atau mana-mana balai polis berhampiran.



Sumber - Berita Harian 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!