Panik tengok polis, lelaki pecut kereta langgar kenderaan lain


Pasir Mas: Akibat terkejut dengan kehadiran anggota polis, seorang lelaki bertindak memecut laju kenderaan selain melanggar beberapa buah kenderaan dan motosikal sehingga menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di Jalan Wakaf Bharu-Pasir Pekan, Tumpat, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata dalam kejadian jam 2.45 petang itu, anggota bertugas terserempak sebuah kereta Perodua Bezza berwarna biru dalam keadaan yang mencurigakan di Jalan Meranti, di sini.

Katanya, sebaik menghampiri kenderaan berkenaan, pemandu berusia 42 tahun yang membawa seorang lagi penumpang lelaki berumur 26 tahun bertindak memecut laju kenderaan untuk melarikan diri daripada pihak berkuasa.

"Anggota bertugas terus mengekori kereta terbabit yang menghala ke Wakaf Bharu, Tumpat sebelum melihat pemandu bertindak agresif dan berbahaya sehingga melanggar beberapa kenderaan dan motosikal.

"Selepas lebih 15 kilometer (km) mengekori kereta suspek, anggota berjaya menahan kereta dan kedua-dua suspek berkenaan. Anggota bertugas membuat pemeriksaan di seluruh tubuh badan dan kereta tetapi tidak menemui sebarang barangan yang salah.

"Kedua-dua suspek ditahan manakala kereta dirampas untuk dibawa ke Balai Polis Meranti bagi laporan lanjut," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Mohd Nasaruddin berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, video berdurasi 42 saat viral di laman sosial Facebook menunjukkan orang awam yang memarahi pemandu di dalam sebuah kereta selain mendakwa turut melanggar beberapa kereta dan motosikal.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!