Pelarian Rohingya pun pandu kereta


PADANG BESAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengesan terdapat warga asing yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) didapati dengan sewenang-wenangnya memiliki dan memandu kenderaan di negeri ini.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, terdapat ketetapan undang-undang pengangkutan jalan di negara ini yang melarang sama sekali warga asing pemegang kad UNHCR terutama warga Myanmar dari etnik Rohingya memandu atau memiliki lesen serta kenderaan di negara ini.

"Malah, kita dapati, ada warga tempatan terutama majikan kepada pemegang kad UNHCR ini membenarkan warga asing ini memandu kenderaan milik mereka sehingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan pengguna jalan raya disebabkan golongan ini tidak mempunyai lesen memandu sama sekali.

"Berdasarkan rekod kita sejak pintu sempadan Malaysia-Thailand dibuka pada 1 April lalu, sebanyak tujuh kenderaan disita membabitkan masing-masing tiga motosikal dan kereta serta sebuah lori.

"Malah, daripada jumlah itu, enam daripadanya adalah warga Myanmar etnik Rohingya yang memegang kad UNHCR serta seorang warga Pakistan.

"Semakan kita mendapati kebanyakan kenderaan yang disita adalah milik warga tempatan yang didapati menyewakan kepada warga asing ini untuk kegunaan harian mereka," katanya selepas melakukan tinjauan Ops Pemandu Warga Asing (PEWA) Bersepadu yang dijalankan antara JPJ Negeri Perlis dengan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar di Bulatan Padang Besar, di sini semalam.

Katanya, semua yang ditahan itu sudah pun dikenakan saman kerana melanggar pertauran jalan raya di negara ini.

"Memang sudah termaktub dalam undang-undang jalan raya bahawa warga asing pemegang kad UNHCR tidak dibenarkan memandu apatah lagi menunggang motosikal di negara ini.

"Kita boleh menahan dan memberikan kompaun kepada mereka atas kesalahan yang dilakukan," katanya.

Terdahulu, Fatimah bersama anggota JPJ serta polis trafik bertugas memeriksa dan meninjau kenderaan yang baru masuk ke negara ini di Bulatan Padang Besar berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQs) Padang Besar.

Dalam operasi selama tiga jam yang bermula jam 9 pagi itu, sebanyak 37 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya terutama warga asing dari Thailand yang melalui kawasan bulatan berkenaan sebaik memasuki negara ini.

Antara kesalahan yang didapati dilakukan adalah cukai jalan tamat tempoh, tiada insurans kenderaan, memandu dalam keadaan bahaya, tidak memakai tali pinggang keledar dan pelbagai lagi kesalahan.



Sumber - Berita Harian 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!