Anggota polis cedera digigit penagih dadah



Tangkak: Seorang anggota polis cedera di lengan kanan digigit ketika bergelut dengan penagih dadah yang membuat kacau ganggu di sebuah stesen minyak di Bukit Gambir dekat sini semalam.


Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat berkata, kejadian berlaku pada jam 1.00 petang ketika polis melakukan tangkapan terhadap seorang lelaki berusia 33 tahun.


"Suspek berkenaan didapati terbabit membuat kacau ganggu di sebuah stesen minyak berkenaan.


"Ketika tangkapan dilakukan, suspek cuba untuk meloloskan diri dengan menggigit lengan anggota polis berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, hasil saringan ujian air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis methaphetamine.


Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak untuk mendapatkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).


Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera dan menggunakan kekerasan bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.


"Jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!