Dua maut, jengkaut 'tersentuh' kabel elektrik


Kuching : Dua lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik selepas jengkaut yang dibawa 'tersentuh' kabel elektrik di Jalan Jalan Semalau, Tanjung Manis dalam Bahagian Mukah, hari ini.

Kedua-dua mangsa dipercayai pemandu dan kelindan lori yang membawa muatan jentera berat itu ditemukan di dalam kenderaan yang terbakar.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran sebuah lori pada jam 9.15 pagi.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

"Setibanya di tempat kejadian, didapati kebakaran membabitkan sebuah lori yang membawa jengkaut yang tersangkut pada kabel elektrik.

"Dua lelaki dewasa ditemui tidak sedarkan diri di dalam lori berkenaan dipercayai akibat renjatan elektrik dan mangsa disahkan meninggal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, operasi mengeluarkan mangsa turut dibantu anggota polis serta kakitangan Sarawak Energy Berhad.

Menurutnya lagi, identiti kedua-dua mangsa masih belum dikenal pasti.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!