Kesan pada daun beri petunjuk baru pasukan mencari


Batu Pahat: Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menemui petunjuk baharu membabitkan warga emas yang dilaporkan hilang di Kampung Parit Sayang di Senggarang Batu Pahat sejak Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pasukan operasi SAR menemui kesan sisa daun kelapa sawit yang dicarik-carik kira-kira 800 meter daripada kawasan mangsa dilaporkan hilang.

"Dipercayai kesan daun berkenaan adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh mangsa untuk mengambil lidi sebelum dijadikan penyapu.

"Sehingga hari ini, mangsa masih gagal ditemukan dan operasi SAR diteruskan memasuki hari ke lima," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kawasan pencarian juga diperluaskan sehingga 800 meter daripada kawasan mangsa dilaporkan hilang.

"Seramai 187 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi terbabit dalam operasi pencarian berkenaan.

"Khidmat bantuan unit pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut digunakan, selain bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta penduduk setempat," katanya.

Terdahulu media melaporkan, Painah Siwan, berusia 79 tahun hilang selepas keluar dari rumahnya di sini.

Dipercayai wanita berkenaan telah keluar dari rumahnya pada waktu petang untuk ke kebun kelapa sawit yang berdekatan dengan kediamannya.

Sehingga hari ini, mangsa dilaporkan masih lagi tidak ditemui oleh pasukan SAR dan dipercayai hilang secara misteri.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!