Muar: Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan dalam longkang di Taman Desa, Bukit Gambir di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Penolong Penguasa Bomba Mohd Farizan Mokhtar berkata, mayat ditemukan pada jam 7.50 pagi dan anggota serta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambar bergegas ke lokasi selepas mendapat panggilan.
Katanya, anggota bomba kemudiannya mengangkat mayat lelaki itu menggunakan pengusung," katanya dalam kenyataan.
Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Seramai lapan anggota, satu jentera FRT dan satu jentera EMRS daripada BBP Bukit Gambir dihantar ke tempat kejadian.
"Operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 8.17 pagi," katanya.
Sumber - HMetro