'Perjalanan hidup kita berbeza, ada kalanya kita merasa....keseorangan' - Najib


KUALA LUMPUR: "Perjalanan hidup setiap insan berbeza. Kita sentiasa doakan dan harap yang terbaik dalam kehidupan kita.

Itu catatan terbaharu bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Facebook rasminya menjelang dua hari lagi keputusan mahkamah yang bakal menentukan nasib beliau sama ada dipenjara atau dibebaskan.

Dalam luahan itu, Najib berkata, kadang kala beliau merasakan usaha dan kebaikan dilakukan hanya sia-sia.

"Ada kalanya kita merasa usaha dan kebaikan yang kita lakukan sia-sia. Ada kalanya kita merasa susah hati dengan ujian dan dugaan.


"Dengan fitnah dan penganiayaan, dengan harapan yang diakhiri dengan kegagalan," katanya.

Najib turut meluahkan keikhlasannya dibalas dengan pengkhianatan.

"Dengan keikhlasan yang dibalas dengan pengkhianatan. Ada kalanya kita merasa kita ... keseorangan," luahnya.

Selasa ini, rayuan terakhir Najib berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd susulan keengganan peguamnya untuk membuat sebarang hujahan bagi membela bekas perdana menteri itu.

Jumaat lalu peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan panel lima anggota Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, beliau juga tidak akan mengemukakan hujahan lisan untuk anak guamnya.

Hakim Tengku Maimun bagaimanapun berkata, mahkamah akan menangani perkara itu pada hari Selasa ini.

Mahkamah sebelum ini menetapkan 15 hingga 19 Ogos serta 23 hingga 26 Ogos untuk mendengar rayuan berkenaan.

Sehubungan itu, ramai dalam kalangan pengamal undang-undang berpendapat, mahkamah tertinggi itu boleh membuat keputusan serta-merta walaupun tiada hujahan daripada peguambela Najib.



Sumber - Berita Harian 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!