Johor Bahru: Remaja lelaki yang hilang bersama ibunya di laut berhampiran Jalan Danga Bay dekat Country Garden di sini, petang tadi ditemui lemas pada 8.43 malam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mayat mangsa, Lee Meng Xhun, 16, ditemui pada jarak antara tiga hingga lima meter dari kasutnya yang diletakkan di tebing.
Katanya, ibu mangsa dikenali Chai See Far, 37, bagaimanapun masih belum ditemui.
"Mayat remaja itu sudah dibawa naik dan pengecaman akan dibuat waris," katanya ketika dihubungi.
Media melaporkan dua beranak dikhuatiri lemas selepas dilihat terjun ke dalam laut dari tebing berketinggian 9.14 meter petang tadi.
Sumber - HMetro