Penunggang motosikal maut dirempuh trak pikap


GUA MUSANG – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah trak pikap semasa sedang membelok ke kanan di Jalan Bandar Baru berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 10.15 malam itu, mangsa, Mohamad Aizad Ahmad, 22, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada dada dan beberapa bahagian anggota badan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Bandar Baru di sini sebelum memperlahankan motosikal jenis SYM ditunggangnya di garisan tengah jalan untuk membelok ke kanan memasuki arah IPD Gua Musang.

Katanya, ketika itu, sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun dari arah sama mengekori sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda jenis yang sama di laluan kiri jalan.

“Bagaimanapun, kenderaan yang dipandu lelaki itu secara tiba-tiba mengubah laluan ke lorong kanan jalan.

“Insiden itu menyebabkan trak pikap itu tidak sempat tidak sempat mengelak sebelum merempuh bahagian belakang motosikal yang ditunggang Mohamad Aizad,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Choon Foo, rempuhan tersebut mengakibatkan mangsa tercampak di atas jalan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, pemandu trak pikap itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Gua Musang di sini untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 



Sumber – KOSMO! ONLINE



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!