Kanak-kanak 2 tahun maut, kereta bapa rempuh belakang lori


Sepang: Seorang kanak-kanak maut apabila kereta dipandu bapanya melanggar bahagian belakang lori di Jalan Besar Rancangan Tanah Belia (RTB), Bukit Changgang menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Banting berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.58 pagi dan tiba di tempat kejadian pada 11.16 pagi bersama lima anggota termasuk pegawai.


Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Kelisa dinaiki dua beranak telah melanggar bahagian belakang lori tiga tan berhampiran lampu isyarat.


Katanya, akibat perlanggaran itu, pemandu kereta tersepit di bahagian tempat duduk manakala mangsa tercampak ke bahagian belakang.


"Kanak-kanak lelaki yang maut berumur dua tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut".


"Bapa mangsa parah berjaya dikeluarkan dengan bantuan bomba dan dihantar ke Hospital Banting bagi rawatan lanjut, "katanya.




Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!