Lelaki guna mesin pemotong besi pecahkan tabung masjid


SIK – Seorang lelaki nekad menggunakan mesin pemotong besi untuk memotong mangga pada tiga tabung di Masjid An-Nur, Felda Teloi Timur pada semalam.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, kejadian itu dipercayai berlaku antara pukul 2.50 hingga 4 pagi.

“Pengadu yang merupakan setiausaha masjid menyedari kejadian itu pada pukul 6 pagi semalam sebelum membuat laporan polis.

“Dia memberitahu mangga pada tiga tabung telah dipotong dan duit di dalam tabung tersebut telah hilang,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, pengadu kemudian memeriksa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di masjid dan mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali telah mencuri wang sebelum melarikan diri.

“Suspek masih belum ditangkap dan usaha untuk mengesan suspek giat dijalankan,” ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Masjid tersebut, Noratzman Ismail, 42, berkata, pihaknya menyedari berlaku kecurian tabung masjid ketika jemaah mahu menunaikan solat subuh.

“Pemeriksaan CCTV menunjukkan seorang lelaki berusia lingkungan awal 30-an cuba memecahkan mangga pada peti besi itu dengan menggunakan alat pemotong besi,” katanya.

Tambahnya, dalam rakaman itu, suspek dilihat menolak motosikal dari luar pagar masjid dan meletakkannya di pagar tembok masjid yang agak terselindung. 



Sumber – KOSMO! ONLINE.



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!