Bakar daging itik punca asap tebal di pusat beli belah



KUALA LUMPUR: Kepulan asap tebal dilihat keluar daripada serombong sebuah pusat membeli-belah terkenal di ibu negara, di sini, hari ini, berpunca daripada tempat membakar daging itik di dapur sebuah restoran.


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 2.12 petang tadi.


Susulan itu, seramai 11 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dan BBP Jalan Tun Razak dikerahkan ke tempat kejadian.


"Kebakaran didapati berpunca daripada dapur pembakar daging itik sebuah restoran yang terletak di tingkat satu pusat membeli-belah berkenaan.


"Insiden berkenaan turut menyebabkan lima kepala perenjis air pecah akibat bahang kebakaran yang kemudian padam sendiri.


Siasatan masih dijalankan unit forensik JBPM Kuala Lumpur," katanya.


Sebelum ini, tular di media sosial video menunjukkan kepulan asap keluar dari pusat beli belah terkemuka di banda raya ini.



Sumber - Berita Harian 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!