Anak lelaki sering dirasuk angkara sihir sejak 2019


PETALING JAYA – Sebuah keluarga didakwa perlu menanggung derita dan sengsara akibat disihir oleh individu yang tidak bertanggungjawab sejak tahun 2019.

Menerusi hantaran Gania Shalina di laman Facebooknya baru-baru ini, dia menceritakan nasib keluarganya itu sehingga menjadikan anak dan suaminya sebagai sasaran utama yang terkena gangguan tersebut.

Dalam sebuah video yang dikongsikan, Gania mendakwa anak lelakinya, Irfan secara tiba-tiba keluar rumah dengan keadaan berkaki ayam seolah-olah sedang dikawal oleh ‘sesuatu’.

Jelasnya, walaupun telah dipujuk dan dipegang oleh suaminya, anaknya itu bertindak lebih agresif dan seperti ingin melawan semula.

“Masa saya lepas sembahyang Asar, tiba-tiba ada orang kampung datang menjerit panggil dan maklumkan anak saya dah jalan tak pakai kasut seorang diri menghala ke Lubuk Rambutan.

“Daripada tahun 2019 lagi keluarga kami dah disihir, sekejap saya sakit, lepas itu anak-anak, kemudian suami, anak saya kata ada ‘benda’ itu nak hancurkan keluarga kami dan tak senang tengok kami senang,” kongsinya.

Tambah Gania, Irfan sering berubah sikap menjadi seorang yang sukar dikawal meskipun dia dan suami sudah menggunakan pelbagai kaedah rawatan moden seperti pengambilan ubat penenang, namun usaha itu tidak berhasil sepenuhnya.

“Kejadian ini bukan kali pertama, daripada 2019 lagi Irfan sering diganggu, perwatakannya akan berubah sepenuhnya, sukar dikawal dan akan bertindak agresif.

“Pernah bawa ke hospital, buat pemeriksaan pada bahagian otak, tapi normal, bagi ubat penenang pun tak dapat nak bantu, tolong doakan yang terbaik buat Irfan supaya sembuh semula,” luahnya.

Sementara itu, dalam perkongsian terbaharunya hari ini, dia memberitahu sekitar pukul 1 pagi tadi, Irfan sekali lagi diganggu dan dia dilihat menyiram badannya dengan sebotol air serta menterbalikkan perabot di dalam rumah.



Sumber - KOSMO! ONLINE



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!