Pemuda maut tercampak dari kereta



KUALA LANGAT – Seorang pemuda maut selepas tercampak keluar kira-kira enam meter dari kenderaan dinaikinya yang dipercayai terbabas di bahu jalan Kampung Melayu Pulau Carey di sini, awal pagi tadi.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 1.55 pagi itu, mangsa dikenali Muhammad Ezwan Ibrahim, 20, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Turut cedera dalam kemalangan itu adalah tiga lagi rakannya berusia 20-an.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, enam anggota termasuk pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Panglima Garang telah bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pukul 1.57 pagi.

Katanya, keempat-empat mangsa semasa kejadian menaiki kereta jenis Hyundai dan dipercayai terbabas di bahu jalan.

“Seorang daripadanya iaitu Muhammad Ezwan yang duduk di bahagian penumpang hadapan tercampak keluar kira-kira enam meter dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, tiga lagi mangsa yang cedera ringan dikeluarkan orang awam sebelum pihaknya tiba dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. 



Sumber - KOSMO!ONLINE



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!