Berhabis ubah wajah jadi bintang K-pop



Hanoi: Seorang lelaki Vietnam, sanggup berhabis wang sejak lebih sedekad lalu demi mengubah penampilan dirinya seperti bintang K-Pop.


Kisah Tran Dang Phuoc Cuong, 29, mahu mengubah dirinya bermula pada 2009 bagi mengubah nasib keluarganya selepas bapanya meninggal dunia, manakala ibunya terpaksa bertarung nyawa di hospital kerana terbabit kemalangan.


Anak kelahiran Da Nang itu dilaporkan menyambung pelajaran ke China dengan mengambil kursus bahasa Cina bagi meningkatkan peluangnya mencari kerja menyara hidupnya.


Dia juga mencari kerja sambilan sebagai penari di Shanghai, namun ditolak kerana penampilannya yang tidak begitu segak.


Tran Dang bekerja sebagai pelayan restoran dan mula menyimpan wang untuk mengubah wajahnya dengan menjalani pembedahan plastik bagi mencapai impiannya itu.


Tran Dang berkata, hakikatnya tidak semudah seperti apa difikirkan.


Katanya, untuk sampai ke tahap itu dia pernah terfikir untuk berputus asa semasa dalam bilik pembedahan.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!