Nasi Kerabu berlauk daging, ulat



PETALING JAYA – Niat seorang gadis untuk berbuka puasa dengan nasi kerabu berlauk daging dicemari insiden meloyakan apabila daging yang ada di dalam nasi itu dipenuhi dengan ulat.

Melalui perkongsian pengguna TikTok yang menggunakan gelaran _Naleya menjelasnya, ketika kejadian, dia sedang menunggu azan Maghrib untuk berbuka puasa di rumahnya.

Mangsa bagaimanapun memilih untuk merahsiakan lokasi kedai nasi kerabu yang dibelinya terbabit.

Menerusi paparan video klip yang berdurasi 18 saat itu menunjukkan beberapa ekor ulat telah mencemari lauk daging nasi kerabu tersebut.

Video tersebut menjadi tular dan telah menerima pelbagai komen dan reaksi dari pengguna media sosial.


“Terus jadi kembang tekak nak makan benda lain kalau macam ni,” @komen Wandol21


“Allahu, sabar ini dugaan bulan puasa, semoga Allah gantikan pahala ke atas kesabaran kakak,” ujar @Dollah Kepam


“Aku kadang-kadang dapat memang terus makan, jenis rabun yang teruk, tahu-tahu esoknya cirit,” kata @Haneem di TikTok. 



Sumber – KOSMO! ONLINE



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!