Dulu finalis Miss Indonesia, sekarang suri rumah tangga



JAKARTA – Seorang ibu muda di Makassar, Indonesia menjadi tular apabila mendedahkan pernah menjadi finalis pertandingan ratu cantik Miss Indonesia sebelum bergelar suri rumah sepenuh masa, lapor laman Tribunnews.

Lita Hendrato, 26, memuat naik perjalanan kisah hidupnya di TikTok yang memaparkan dirinya ketika menyertai Miss Indonesia pada 2018 dan status dirinya pada masa ini.

Rakaman video itu menjadi tular kerana ramai netizen tidak menyangka bahawa wanita tersebut sanggup melepaskan populariti demi menjaga keluarga di rumah.

Menurut Lita, dia bangga menjadi seorang ibu dan suri rumah tangga sepenuh masa.

“Video itu hanya satu hiburan dan saya tidak menyangka ia menjadi tular. Sejujurnya, saya tidak menyesal memilih menjadi suri rumah tangga.

“Saya mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah tangga kerana tidak mahu ketinggalan dalam mengikuti pembesaran anak,” jelasnya.

Tambah Lita, rakaman TikTok itu hanyalah sekadar imbas semula kenangan ketika dia masih remaja dan belum berkahwin.

Setakat ini, video itu sudah menerima lebih satu juta tontonan dan 40,000 komen. 



Sumber - KOSMO 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!