Pegawai polis maut kereta terbabas



SHAH ALAM – Seorang pegawai kanan polis maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 6.7 Lebuh Raya Lembah Klang Baharu (NKVE) di sini, hari ini.


Kejadian pukul 12.30 tengah malam itu melibatkan pegawai berpangkat Asisten Superintendan (ASP) berusia 39 tahun dan berkhidmat di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati ketika kejadian mangsa memandu dari arah Kuala Lumpur menuju ke Klang.


Katanya, setibanya di lokasi, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan.


“Pemandu lelaki itu yang mengalami kecederaan kemudian dibawa oleh ambulans ke Hospital Shah Alam.


“Mangsa yang juga pegawai kanan polis bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Sumber - KOSMO! ONLINE



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!