Jelajah 1,600 km agih al-Quran



Petaling Jaya: Sempena sambutan Nuzul al-Quran, Eky Ekmarl menjalankan misi menunggang motosikal Honda ADV150 bagi mengagihkan al-Quran secara percuma ke 12 masjid dan surau dalam negara bagi menyempurnakan cabaran jelajah Semenanjung 1,600 kilometer (km) IronButt dalam tempoh 24 jam.

Eky, 40, berkata, misi itu sepatutnya bermula hari ini namun ditangguhkan pada malam Khamis ini.

Menurut Eky, misi itu akan bermula dari rumahnya di Petaling Jaya kemudian ke Ipoh Perak; Jambatan Pulau Pinang: Alor Setar, Kedah; Padang Besar Perlis, Gerik Banjaran Titiwangsa; Gua Musang Kelantan; Jambatan Angkat Terengganu; Kuantan, Pahang; Segamat, Johor; Ayer Keroh Melaka; Senawang, Negeri Sembilan dan KLCC, Kuala Lumpur.

"Misi itu dijalankan bagi menyahut cabaran jelajah 1600 km Iron Butt namun niat utama adalah sedekahkan senaskhah al-Quran di sebuah masjid, surau atau kawasan rehat dan rawat (R&R) setiap negeri.


"Saya akan selitkan juga buku surah Yasin nanti dan beri secara percuma saja.

"Sasarannya adalah melengkapkan kilometer perjalanan namun saya tidak kisah jika ia tidak tercapai kerana apa yang penting dapat agihkan al-Quran," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bercerita lanjut, Eky berkata, sebelum ini, dia hanya berpengalaman menunggang motosikal sejauh 800 km saja untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir atas nama #ceorakyat.

Katanya, laluan bagi misi kali ini lebih jauh jadi dia lakukan beberapa persediaan bagi memastikan perancangan dibuat berjalan rapi dan teratur.

"Buat masa ini, saya sudah menyelenggara motosikal dan belajar juga cara membaiki tayar jika berlaku kebocoran.

"Ia penting kerana laluan akan ditempuh agak jauh dan hanya berhenti ketika agihkan al-Quran, mengisi petrol dan membuang air kecil saja supaya sampai mengikut waktunya.

"Alhamdulillah, keluarga tiada halangan sebaliknya beri sokongan untuk saya jalankan misi itu," katanya.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!