Kereta terbalik, langgar dua lembu


Keningau: Pemandu berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terlanggar dua ekor lembu di Jalan Pamalan berhampiran Lembaga Getah Malaysia (LGM), di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 5.30 pagi itu, Perodua Axia yang dipandu lelaki berusia 37 tahun terbabit turut terbalik akibat kemalangan berkenaan.

Difahamkan, kemalangan itu juga mengakibatkan kedua-dua ekor haiwan berkenaan mati di tempat kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.43 pagi sebelum sepasukan 11 anggota bersama jentera dihantar ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, mangsa sudah keluar dari kenderaannya dan tidak mengalami kecederaan. Anggota bomba kemudian membuka kepala bateri kereta sebagai langkah keselamatan," katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, anggota bomba turut membuat pemeriksaan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada 6.22 pagi.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!