Ipoh: Penunggang motosikal maut selepas digilis kenderaan berat dipercayai lori di KM 28 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian 4.31 pagi, Mazaitul Hafiszan Ma'an, 38, maut di tempat kejadian.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, ketika pihaknya tiba, terdapat mayat mangsa yang dipercayai dilanggar dan digilis kenderaan berat.
Bagaimanapun, katanya, tiada kenderaan itu mahupun kenderaan lain yang berkemungkinan terbabit dengan kemalangan di lokasi kejadian.
"Mangsa telah disahkan maut di tempat kejadian oleh petugas perubatan, manakala anggota melakukan pembersihan di lokasi.
"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan.
Sumber - HMetro