Maut selepas bergesel dengan basikal



Bagan Serai: Penunggang motosikal maut selepas bergesel dengan sebuah basikal menyebabkan mangsa terjatuh dan dirempuh kereta di Kilometer 198.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mazuki Mat berkata, dalam kejadian 7.50 malam itu, mangsa, Nurul Izzah Abdul Wahab, 22, maut di lokasi kejadian manakala penunggang basikal patah kaki kanan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa dari arah Kamunting menghala ke Semanggol dipercayai bergesel dengan sebuah basikal di lorong kecemasan yang ditunggang lelaki yang belum dikenal pasti identitinya.

"Kesan pelanggaran itu mangsa bersama motosikalnya terjatuh dan terbabas ke lorong kiri.


"Pada masa yang sama, sebuah kereta dari arah belakang cuba mengelak mangsa namun gagal lalu melanggar mangsa.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, siasatan berhubung kejadian masih lagi dijalankan termasuk motif penunggang basikal berada di lebuh raya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.



Sumber - HMetro 



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!