Suami makan sisa isteri dikecam ramai



PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita yang meludah sisa makanan ke dalam pinggan suaminya mendapat kecaman orang ramai.


Menerusi video 11 saat yang dimuat naik di TikTok, wanita itu dilihat mengunyah terlebih dahulu makanan sebelum mengeluarkan dari mulut ke dalam pinggan suaminya.


Lebih mengejutkan pengguna media sosial apabila sisa makanan tersebut dimakan lelaki berkenaan seolah-olah tiada rasa jijik.


Tinjauan Kosmo! mendapati, perkongsian wanita itu mengundang reaksi pengguna media sosial yang menyifatkan tindakannya tidak baik selain memperlekehkan suaminya.


“Isteri seperti tak punya lagi hormat pada suami,” kata Zainal Nordin di Twitter.


“Demi content (kandungan), sanggup memalukan diri sendiri,” ulas @namme17.


“Perempuan ni ada macam-macam jenis,” komen @nnabil_.



Sumber – KOSMO! ONLINE.



LAZADA BIG SALE

LAZADA LOWEST PRICE SALE

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!